Lebih 200 maut kereta api bertembung di India

Lebih 200 maut kereta api bertembung di India

Kemalangan kereta api di wilayah Odisha itu turut menyebabkan 900 lagi cedera.

Sebuah kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India hingga menyebabkan lebih 200 maut dan 900 lagi cedera. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh manakala 900 lagi cedera akibat kemalangan kereta api di wilayah Odisha India pada petang Jumaat,” menurut ciapan ketua setiausaha wilayah Pradeep Jena, di Twitter.

Sebuah kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Presiden India Draupadi Murmu melahirkan rasa dukacita dan berkongsi kesedihan atas kehilangan orang tersayang.

“Semoga mangsa yang cedera segera pulih,” menurut ciapan Perdana Menteri Narendra Modi.

Beliau memberi jaminan bahawa “semua bantuan yang sewajarnya” akan diberi kepada mereka yang terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.