
Kumpulan penggusti itu berkhemah di New Delhi sejak 23 April mendesak tindakan terhadap Presiden WFI Brij Bhushan Sharan Singh, yang menafikan terlibat dengan sebarang salah laku.
Singh yang juga Ahli Parlimen Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.
Beberapa penggusti yang melakukan bantahan ditahan sementara waktu oleh polis Delhi pada Ahad, manakala kawasan khemah mereka dibersihkan selepas kumpulan itu cuba berarak ke bangunan parlimen baharu India.
Semua kuasa pentadbiran Singh telah digugurkan tetapi kumpulan penggusti itu mendesak supaya dia ditahan kerana gangguan seksual terhadap atlet wanita.
Dalam kenyataan bersama, kumpulan penggusti berkenaan berkata: “Bagi kami, pingat kami suci, dan begitu juga sungai Ganjes.
“Sungai suci ini sempurna sebagai penjaga pingat kami, bukannya sistem yang melindungi pesalah.”
Menurut mereka, selepas mencampakkan pingat ke sungai itu mereka akan kembali ke New Delhi untuk memulakan mogok lapar.