Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR

Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR

Suruhanjaya Pencegahan Kemiskinan Kebangsaan percaya ada sindiket menggunakan kanak-kanak bagi tujuan itu.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Kemiskinan Kebangsaan (NAPC), Reynaldo Tamayo berkata sindiket itu menempatkan kanak-kanak di jalanan dan mengumpulkan mereka pada malam. (Gambar Facebook)
MANILA:
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong badan kerajaan mengeluarkan amaran kemungkinan sindiket menggunakan kanak-kanak untuk menipu orang ramai, lapor Xinhua.

Seorang saksi yang terserempak dengan kanak-kanak berkenaan, berkata pengemis itu mengeluarkan kod QR apabila diberitahu mereka tidak mempunyai syiling.

“Kami ketawa pada mulanya, jadi kami menyemak sama ada kod QR berfungsi, dan ia terbukti wujud,” menurut catatan di Facebook.

“Ada sindiket di sebalik kegiatan ini. Sindiket mengangkut pengemis ini dalam van, menempatkan mereka di jalanan, dan mengumpulkan mereka pada waktu malam,” kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Kemiskinan Kebangsaan (NAPC) Reynaldo Tamayo kepada televisyen tempatan.

Sementara itu, ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengemis di jalanan boleh dikenakan denda dan penjara tidak lebih dua tahun jika terbukti bersalah, katanya.

Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina, berkata 18.1% daripada hampir 110 juta penduduk Filipina hidup di bawah paras kemiskinan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.