15 maut dipanah petir di India

15 maut dipanah petir di India

Pegawai berkata kebanyakan mangsa yang maut adalah petani yang bekerja di ladang.

Jabatan Pengurusan Bencana Bengal berkata lima orang di Burdwan Timur, empat orang di Murshidabad dan masing-masing tiga di Midnapore Barat dan Howrah mati dipanah petir dalam tempoh 24 jam. (Gambar Bernama)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dipanah petir di negeri barat Bengal di timur India, kata pegawai pada Jumaat, lapor Xinhua.

Hujan lebat dan ribut petir disertai kilat melanda negeri itu dalam tempoh 24 jam lepas yang turut menjejaskan daerah Bengal selatan.

Pegawai berkata kebanyakan mangsa adalah petani yang bekerja di ladang.

“Pada petang Khamis, petir menyambar beberapa bahagian negeri itu dan mengorbankan lima orang di Burdwan Timur, empat orang di Murshidabad dan masing-masing tiga di Midnapore Barat dan Howrah,” kata seorang pegawai jabatan pengurusan bencana negeri.

“Beberapa orang turut cedera dan dihantar ke hospital,” kata pegawai itu.

Menurut Jabatan Meteorologi India, langit sebahagiannya mendung dan hujan selain hujan petir berkemungkinan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang.

Data rasmi menunjukkan 907 orang terbunuh disambar petir di seluruh India pada 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.