Spotify siasat isu gangguan

Spotify siasat isu gangguan

Lebih 15,000 isu dilaporkan dengan platform penstriman audio itu.

Spotify mengalami gangguan singkat awal bulan ini yang menjejaskan lebih 20,000 pengguna di AS dan 8,000 di UK. (Gambar AFP)
STOCKHOLM:
Spotify Technology menyiasat beberapa masalah dengan laman webnya susulan laporan bahawa platform penstriman audio itu tidak dapat digunakan ribuan pengguna.

Lebih 15,000 orang melaporkan mengalami masalah dengan Spotify, menurut Downdetector, yang mengesan gangguan dengan mengumpulkan laporan status daripada beberapa sumber.

Ramai pengguna Twitter mengongsikan pengalaman mengenai gangguan itu.

Awal bulan ini, syarikat itu mengalami gangguan singkat yang memberi kesan terhadap lebih 20,000 orang di AS dan lebih 8,000 di UK, lapor Downdetector.

Spotify mencecah separuh bilion pengguna aktif buat kali pertama pada April lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.