413 terbunuh dalam konflik Sudan

413 terbunuh dalam konflik Sudan

Seramai 3,551 lagi cedera dalam konflik di Sudan, manakala sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak maut dan lebih 50 lagi parah.

Pertempuran antara Tentera Sudan dan Rapid Support Forces di Khartoum serta kawasan sekitar sejak 15 April lalu mengorbankan 413 orang sehingga kini. (Gambar AP)
GENEVA:
Seramai 413 orang terbunuh dan 3,551 lagi cedera dalam konflik di Sudan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menyatakan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak terbunuh, manakala lebih 50 lagi parah.

Menurut seorang jurucakap WHO, sejak konflik tercetus pada 15 April lalu, terdapat 11 serangan menyasarkan pusat kemudahan kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

“Menurut Kementerian Kesihatan di Sudan, 20 kemudahan kesihatan terpaksa menghentikan operasi,” kata jurucakap itu.

Pertempuran meletus antara Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum serta kawasan sekitar.

RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai “pemberontak”.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.