
Gencatan bermula pada jam 6 petang (waktu tempatan), dan tidak akan melampaui tempoh 24 jam dipersetujui, kata Jeneral Tentera Shams El Din Kabbashi yang juga ahli majlis tentera Sudan dalam siaran di TV Al Arabiya.
Blinken membuat gesaan itu secara berasingan kepada ketua-ketua yang mengetuai pasukan berperang. Pertempuran meragut sekurang-kurangnya 185 orang di seluruh negara dan membantutkan usaha pihak antarabangsa untuk peralihan kepada pemerintahan awam selepas tentera mentadbir sejak berdekad-dekad lamanya.
Ketua paramilitari jeneral Mohamad Hamdan Dagalo atau dikenali sebagai Hemedti berkata gencatan senjata 24 jam itu dipersetujui untuk memastikan orang awam dan cedera dapat dipindahkan dengan selamat.
Pertempuran berlaku di beberapa wilayah negara itu sejak Sabtu, dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mengakui hampir mustahil untuk menghantar bantuan kemanusiaan di sekitar ibu negara.
Ia turut memberi amaran sistem kesihatan negara itu berdepan risiko runtuh.