185 terbunuh pertempuran di Sudan

185 terbunuh pertempuran di Sudan

Perebutan kuasa antara tentera pimpinan pemerintah Abdel Fattah al-Burhan dan saingannya Rapid Support Forces (RSF) diketuai timbalannya Mohammed Hamdan Daglo semakin memuncak.

Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera. (Gambar AP)
NEW YORK:
Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.

Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera, katanya.

Pertempuran juga berlaku di wilayah Darfur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perebutan kuasa yang berlarutan antara tentera bawah pimpinan pemerintah Abdel Fattah al-Burhan dan saingannya Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai timbalannya Mohammed Hamdan Daglo semakin memuncak pada hujung minggu.

Sehingga kini masih belum jelas puak mana yang mempunyai kelebihan di medan perang memandangkan situasi yang mengelirukan serta kenyataan bercanggah daripada kedua-dua pihak dalam konflik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.