Twitter berhentikan 80% pekerja sejak tahun lalu

Twitter berhentikan 80% pekerja sejak tahun lalu

Pemberhentian itu melibatkan lebih 6,000 pekerja Twitter, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Elon Musk.

Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah. (Gambar fail)
SAN FRANCISCO:
Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80% tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Elon Musk dalam temu bual dengan BBC pada Selasa.

Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.

Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.

Syarikat itu mendakwa dalam ‘legal filing’ baru-baru ini bahawa “Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud”.

Berdasarkan ‘legal filing’, X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian.

Syarikat induknya ialah X Holdings Corp.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.