Imam ditikam ketika solat Subuh di AS

Imam ditikam ketika solat Subuh di AS

Imam Masjid Omar di Paterson, Sayed El-Nakib, 65, ditikam oleh seorang lelaki ketika beliau dan jemaah lain sedang sujud.

Perbuatan penyerang, Serif Zorba, 32, dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau. (Gambar fail)
NEW YORK:
Seorang imam di New Jersey, Amerika Syarikat ditikam ketika mengimamkan solat Subuh pada Ahad.

Imam Masjid Omar di Paterson, Sayed El-Nakib, 65, ditikam oleh seorang lelaki ketika beliau dan jemaah lain sedang sujud, lapor Agensi Anadolu.

Perbuatan penyerang yang dikenali sebagai Serif Zorba, 32, dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau.

Zorba berjaya ditangkap jemaah lain dan diserahkan kepada polis.

Dia juga didakwa mengugut orang ramai yang cuba menahannya.

El-Nakib yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Saint Joseph.

“Zorba didakwa atas percubaan membunuh, memiliki senjata untuk tujuan haram, dan pemilikan senjata yang melanggar undang-undang,” menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Daerah Passaic.

Penyerang mendakwa dia berasal dari Istanbul dan berkomunikasi melalui bantuan penterjemah Turki ketika dihadapkan ke mahkamah.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.