Kubah masjid runtuh, 12 cedera di Indonesia

Kubah masjid runtuh, 12 cedera di Indonesia

Masjid di Sulawesi Selatan yang dibina pada 1993 itu dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat tarawih.

Sekurang-kurangnya 12 dilaporkan cedera selepas sebahagian kubah masjid di Indonesia, runtuh.
JAKARTA:
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.

Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.

Datuk Bandar Makassar, Danny Pomanto, berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.

Beliau juga mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan memberi sokongan kepada mangsa yang cedera dan mengarahkan penutupan sementara masjid.

Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian, ketua polis Pelabuhan Makassar Yudi Frianto dipetik media sebagai berkata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.