Presiden Finland tandatangani perundangan Nato

Presiden Finland tandatangani perundangan Nato

Finland kemudian akan menyerahkan dokumen berkaitan keahlian Nato kepada pentadbiran AS sebaik sahaja Türki dan Hungary meratifikasi keahliannya.

Presiden Finland Sauli Niinisto menandatangani perundangan Nato pada Khamis, merasmikan bidaan negaranya untuk menyertai pertubuhan antarabangsa itu. (Gambar AP)
HELSINKI:
Presiden Finland Sauli Niinisto menandatangani penyertaan negaranya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), yang telah disahkan oleh Parlimen pada 1 Mac.

Finland kemudiannya akan menyerahkan dokumen berkaitan keahlian Nato kepada pentadbiran Amerika Syarikat sebaik sahaja Türki dan Hungary meratifikasi keahliannya.

Jumaat lepas, semasa lawatan Niinisto ke Türki, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Ankara akan memulakan proses meratifikasi bidaan Finland.

Parlimen Hungary dijangka mengundi mengenai keahlian Finland pada Isnin depan.

Kesemua 30 sekutu Nato perlu menandatangani protokol penyertaan ahli baharu.

Sehingga kini, 28 negara anggota telah berbuat demikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.