India, Jepun meterai perjanjian pinjaman ke-4 kereta api berkelajuan tinggi

India, Jepun meterai perjanjian pinjaman ke-4 kereta api berkelajuan tinggi

Perjanjian tranche itu disediakan menerusi Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Jepun bernilai USD2.2 bilion.

India membina projek kereta api berkelajuan tinggi dari Mumbai ke Ahmedabad, melibatkan jarak 500km. (Gambar Reuters)
NEW DELHI:
India dan Jepun menandatangani satu lagi ‘tranche’ 300 bilion Yen (sekitar USD2.20 bilion) bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi Mumbai-Ahmedabad.

Ia menjadi tranche keempat perjanjian pinjaman antara kedua-dua negara dan disediakan menerusi Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Jepun, lapor Xinhua.

Kedua-dua pihak turut menandatangani memorandum kerjasama pendidikan bahasa Jepun, di hadapan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida yang melawat rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi.

Perdana menteri Jepun tiba di sini pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari dan menjemput Modi menghadiri Sidang Kemuncak G7 yang akan diadakan di Hiroshima, pada Mei.

Sementara itu, Modi turut menjemput Kishida untuk Sidang Kemuncak G20 yang akan diadakan di New Delhi pada September.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.