Bumbung simpan kentang runtuh, 14 terbunuh di India

Bumbung simpan kentang runtuh, 14 terbunuh di India

Insiden berlaku di bandar Chandausi daerah Sambhal dengan 10 lagi mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan.

Kerajaan negeri Uttar Pradesh mengarahkan siasatan segera dijalankan dan mengumumkan pampasan untuk waris si mati dan mangsa cedera. (Gambar Twitter)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas bumbung kemudahan penyimpanan kentang di Uttar Pradesh utara India runtuh, kata seorang pegawai pada Jumaat.

Insiden berlaku di bandar Chandausi daerah Sambhal pada petang Khamis.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, pesuruhjaya bantuan negeri, Prabhu N Singh berkata, 10 lagi mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath, melawat mangsa cedera di hospital, mengumumkan pampasan untuk waris si mati dan juga mangsa cedera.

Kerajaan negeri turut mengarahkan siasatan dijalankan terhadap insiden itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.