Lagi kejadian tanah runtuh di Indonesia, 2 maut

Lagi kejadian tanah runtuh di Indonesia, 2 maut

Pasukan mencari dan menyelamat dihantar ke kawasan tanah runtuh di wilayah Lampung, selatan Pulau Sumatera selepas menerima laporan beberapa orang hilang pada malam Jumaat lalu.

Pasukan mencari dan menyelamat giat mencari tiga lagi mangsa hilang. (Gambar BPNB)
JAKARTA:
Satu lagi kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di wilayah Lampung, selatan Pulau Sumatera, mengorbankan dua nyawa setakat ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan bagi mengesan tiga lagi mangsa hilang.

Agensi pengurusan bencana Lampung, anggota polis dan tentera dihantar ke kawasan itu selepas menerima laporan beberapa orang hilang pada malam Jumaat.

Di Kabupaten Natuna, Kepulauan Riau, anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat akibat tanah runtuh pada 6 Mac lalu, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 46 orang.

Pasukan kecemasan dan tentera bersama tujuh jengkaut menggali di kawasan terbabit untuk mengesan sembilan lagi mangsa, kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

Tanah runtuh itu memusnahkan kampung di Serasan dan memaksa lebih 2,240 penduduk mencari perlindungan di tempat lain.

Pulau Serasan dengan populasi 8,000 penduduk terletak 150km dari selatan pulau utama Kabupaten Natuna.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.