Senat Perancis terima pakai teks pembaharuan pencen

Senat Perancis terima pakai teks pembaharuan pencen

Kerajaan negara itu berhasrat meningkatkan umur persaraan kepada 64 tahun, menjelang 2030.

Ratusan ribu rakyat Perancis di seluruh republik itu berhimpun pada Sabtu, sebagai membantah pembaharuan pencen. (Gambar AP)
MOSCOW:
Senat Perancis telah pun menerima pakai teks pembaharuan pencen, kata Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne.

“Selepas 100 jam perbahasan, Senat menerima pakai teks reformasi pencen. Satu langkah untuk membawa pembaharuan yang akan memastikan masa depan pencen kita…,” kata Borne di Twitter lewat Sabtu.

Pembaharuan yang mencetuskan kontroversi dan bantahan itu, diluluskan pada petang Sabtu dengan 195 undi menyokong dan 112 undi membantah, lapor Sputnik memetik BFMTV.

Rang undang-undang (RUU) itu kemudian akan dibawa kepada jawatankuasa parlimen bersama (CMP) yang dianggotai Ahli Parlimen daripada dua dewan yang akan mengundi secara berasingan.

Pada Januari, perdana menteri melancarkan draf pembaharuan pencen dan merancang untuk ia diterima pakai pada 2023.

Di bawah pembaharuan itu, pihak berkuasa berhasrat untuk meningkatkan umur persaraan secara beransur-ansur, 1 Sept. Menjelang 2030, umur persaraan akan mencecah 64 tahun.

Lebih 368,000 rakyat berhimpun di seluruh Perancis pada Sabtu sebagai protes terhadap pembaharuan pencen itu. Pada Selasa, lebih sejuta rakyat mengadakan demonstrasi di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.