Pilihan raya presiden dijadual berlangsung 14 Mei, kata Erdogan

Pilihan raya presiden dijadual berlangsung 14 Mei, kata Erdogan

Lembaga Pilihan Raya Tertinggi akan melancarkan jadual pilihan raya selama dua bulan selepas keputusan itu disiarkan menerusi warta rasmi negara pada Sabtu.

Recep Tayyip Erdogan akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang sebagai calon Perikatan Rakyat. (Gambar AP)
ANKARA:
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat menetapkan pilihan raya presiden dan parlimen negara itu berlangsung pada 14 Mei, sebulan lebih awal daripada dijadualkan.

Erdogan memetik Perkara 116 Perlembagaan Turki untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Mei, yang sebelum ini dijadual pada 18 Jun, lapor Xinhua.

Lembaga Pilihan Raya Tertinggi akan melancarkan jadual pilihan raya selama dua bulan selepas keputusan itu disiarkan menerusi warta rasmi negara pada Sabtu, kata Erdogan kepada pemberita.

Beliau menambah keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan universiti akan berlangsung pada 18 Jun, termasuk cuti persekolahan.

Erdogan akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang sebagai calon Perikatan Rakyat.

Blok itu dibentuk oleh Parti Keadilan dan Parti Pembangunan yang memerintah, Parti Gerakan Nasionalis, dan Parti Kesatuan Mega.

Beliau akan dicabar Kemal Kilicdaroglu, dari parti pembangkang Nation Alliance yang terdiri daripada enam gabungan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.