
Letupan berlaku di pasar yang sibuk di daerah terpencil Barkhan di wilayah Balochistan.
Menurut polis, bom itu dimuatkan dalam sebuah motosikal diletakkan di luar sebuah salon di pasar dan mereka cedera kini dalam keadaan kritikal.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini namun pemisah etnik Baloch dan Tehreek-e-Taliban Pakistan, sebuah konglomerat beberapa kumpulan militan di Pakistan telah lama menyasarkan pasukan keselamatan di seluruh wilayah itu.
Wilayah Balochistan terletak berhampiran Iran dan Afghanistan merupakan kawasan penting dan strategik kerana kaya dengan rizab tembaga, zink dan gas.
Selain itu, wilayah Balochistan juga menjadi laluan utama projek mega Koridor Ekonomi Pakistan-China (PCEC) bernilai USD 64 bilion, menghubungkan barat laut Xinxiang ke pelabuhan Gwadar di Balochistan melalui rangkaian jalan raya, kereta api dan saluran paip untuk kargo, pengangkutan minyak dan gas.