
Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.
“Percubaan berterusan Rusia untuk menugaskan pegawai perisikan ke Belanda di bawah perlindungan diplomatik tidak boleh diterima.
“Oleh itu, kami mengehadkan bilangan diplomat Rusia di Belanda,” kata Hoekstra di Twitter.
Katanya, Belanda turut menutup konsulat jeneral di Saint Petersburg dan Pejabat Perdagangan Rusia di Amsterdam.
Terdahulu, Kementerian Luar Rusia memanggil Duta Besar Belanda Gilles Arnout Beschoor Plug pada Jumaat dan memaklumkan mengenai halangan yang dihadapi Kedutaan Rusia di Belanda, termasuk berkaitan isu visa.