Bank Dunia umum bantuan USD1.78 billion untuk Turki

Bank Dunia umum bantuan USD1.78 billion untuk Turki

Bank Dunia juga akan memulakan penilaian kerosakan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan bantuan untuk pembinaan semula.

Bantuan segera berjumlah USD780 juta akan ditawarkan kepada Turki melalui Contingent Emergency Response Components. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Bank Dunia mengumumkan bantuan baharu sebanyak USD1.7 bilion untuk Turki bagi membantu negara itu pulih daripada gempa bumi kuat yang melanda baru-baru ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

“Bank Dunia hari ini mengumumkan bantuan sebanyak USD1.78 bilion untuk membantu usaha bantuan kemanusiaan dan pemulihan berikutan gempa bumi dahsyat dan gegaran susulan di Turki yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan besar…,” lapor Sputnik memetik kenyataan itu

Bank Dunia itu juga akan memulakan penilaian kerosakan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan bantuan untuk pembinaan semula.

Bantuan segera berjumlah UD780 juta akan ditawarkan kepada Turki melalui Contingent Emergency Response Components dan tambahan USD1 bilion sedang disediakan untuk menyokong mereka yang terjejas akibat gempa bumi.

“Bagi pihak Kumpulan Bank Dunia, kami merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turki dan Syria atas kehilangan nyawa yang anda alami akibat gempa bumi dahsyat itu,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass dalam kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.