9 didakwa perdagang pekerja seks China di Belgium

9 didakwa perdagang pekerja seks China di Belgium

Mereka dipercayai terlibat geng yang membawa wanita China untuk dijadikan pekerja seks di Eropah.

Pendakwa berkata, sebuah organisasi jenayah membawa wanita terbabit ke Eropah sebelum dipaksa menjadi pelacur. (Gambar AFP)
BRUSSELS:
Belgium mendakwa sembilan orang atas tuduhan pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram, kerana penglibatan mereka dalam geng yang didakwa membawa wanita China untuk dijadikan pekerja seks di Eropah.

Pendakwa berkata, kira-kira 300 anggota polis Belgium menahan 27 orang dalam serbuan di seluruh negara itu semalam, dan merampas wang tunai bernilai kira-kira 1.5 juta euro, selain 4 tan wang syiling.

Seorang lagi suspek ditahan di Sepanyol manakala dua di Switzerland. Pihak berkuasa Belgium kini berusaha mengekstradisi mereka.

Sembilan tertuduh didakwa di mahkamah di Belgium hari ini, manakala 18 selebihnya dibebaskan.

Menurut pendakwa, jumlah pekerja seks dari China meningkat sejak beberapa tahun lalu di Belgium, khususnya di ibu negara Brussels.

Mereka percaya sebuah organisasi jenayah membawa wanita berkenaan ke Eropah sebelum dipaksa menjadi pelacur.

Wanita yang diiklankan perkhidmatan mereka secara dalam talian itu, kerap dipindahkan di sekitar Eropah, kata pendakwa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.