AS tambah bantuan ketenteraan lebih USD2 bilion untuk Ukraine

AS tambah bantuan ketenteraan lebih USD2 bilion untuk Ukraine

Sehingga Rusia menamatkan provokasinya, AS akan mengekalkan solidaritinya dengan Ukraine, kata Antony Blinken.

Bantuan ketenteraan terbaru AS untuk Ukraine termasuk kenderaan infantri berperisai dan peluru artileri, kata Setiausaha Negara Antony Blinken. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat mengumumkan pakej senjata baharu untuk Ukraine bernilai lebih USD2 bilion termasuk roket HIMARS jarak jauh, lapor Agensi Anadolu.

Bantuan ketenteraan itu juga termasuk senjata pertahanan udara dan dron, kenderaan infantri berperisai, peluru berpandu anti-kereta kebal dan peluru artileri, kata Setiausaha Negara Antony Blinken dalam kenyataan.

“Kami memuji lebih 50 negara yang telah bersatu dalam solidariti dengan Ukraine kerana mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya.

“Rusia boleh sahaja menamatkan perang tanpa provokasi hari ini. Sehingga ia berbuat demikian, kami akan bersatu dengan Ukraine,” kata Blinken.

Bantuan itu termasuk pengeluaran peralatan ketenteraan daripada stok AS sedia ada bernilai USD425 juta dan tambahan USD1.75 bilion daripada Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine Pentagon.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.