Turki, ketua OIC bincang serangan berulang terhadap al-Quran

Turki, ketua OIC bincang serangan berulang terhadap al-Quran

Ia susulan tindakan ahli politik Barat ekstrem berhaluan kanan yang membakar naskhah al-Quran di Sweden dan Belanda.

Kumpulan penunjuk perasaan menyatakan bantahan mereka di luar pejabat konsulat Sweden di Istanbul, Turki, susulan kemarahan tindakan ahli politik ekstrem di Sweden membakar al-Quran. (Gambar AP)
ANKARA:
Menteri Luar Turki dan ketua Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat membincangkan serangan berulang terhadap kitab suci umat Islam, al-Quran, baru-baru ini.

Menerusi perbualan di telefon, Mevlut Cavusoglu dan Setiausaha Agung OIC Hussein Ibrahim Taha menilai serangan terhadap al-Quran di Sweden dan Belanda serta reaksi dunia Islam terhadap serangan ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Luar.

Pada 21 Jan, Rasmus Paludan, seorang ahli politik ekstrem kanan Sweden-Denmark, membakar sebuah naskhah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, hingga menimbulkan kecaman dari seluruh negara Arab dan dunia Islam.

Keesokan harinya, Edwin Wagensveld, ahli politik Belanda yang juga ketua kumpulan Islamofobia Pegida, mengoyakkan beberapa halaman salinan al-Quran di The Hague dan kemudian membakarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.