Serbuan AS di Somalia, pemimpin utama Isis Bilal al-Sudani terbunuh

Serbuan AS di Somalia, pemimpin utama Isis Bilal al-Sudani terbunuh

Amerika Syarikat percaya Bilal al-Sudani membiayai operasi Isis di negara itu, termasuk di Afghanistan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin, berkata operasi ketenteraan AS pada Rabu berjaya membunuh Bilal al-Sudani, di Somalia. (AP pic) 
WASHINGTON:
Operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Somalia pada Rabu mengorbankan beberapa anggota Isis, termasuk seorang pemimpin utama kumpulan itu, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin.

“Antara yang terbunuh ialah Bilal-al-Sudani, seorang pemimpin Isis di Somalia dan pemudah cara bagi rangkaian global ISIS.

“Al-Sudani bertanggungjawab dalam mengukuhkan dan meningkatkan penglibatan Isis di Afrika dan membiayai operasi kumpulan itu di seluruh dunia termasuk di Afghanistan,” kata Austin dalam kenyataan, lapor Xinhua.

Operasi itu dilaksanakan di utara Somalia dan tidak menyebabkan kematian orang awam, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.