Rusuhan di Brasilia, presiden Brazil pecat ketua tentera

Rusuhan di Brasilia, presiden Brazil pecat ketua tentera

Pada 8 Jan, lebih 1,200 orang penyokong bekas presiden, Jair Bolsonaro menyerbu bangunan Kongres, Istana Presiden dan Mahkamah Agung di Brasilia.

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva memecat ketua tentera, Jeneral Julio Cesar de Arruda. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva pada Sabtu memecat ketua tentera, Jeneral Julio Cesar de Arruda, dua minggu selepas rusuhan berkaitan pilihan raya yang berlaku di Brasilia.

Lula membuat keputusan itu selepas bertemu dengan Arruda pada Jumaat dan komander cabang tentera yang lain, lapor United Press International (UPI) memetik media tempatan Folha de Sao Paulo.

Pasukan keselamatan telah menahan lebih 1,200 orang sejak penyokong bekas presiden, Jair Bolsonaro menyerbu bangunan Kongres, Istana Presiden dan Mahkamah Agung di Brasilia, pada 8 Jan.

Penunjuk perasaan menuntut Lula yang mengangkat sumpah jawatan pada 1 Jan itu digulingkan.

Lula, ahli politik berhaluan kiri yang pernah berkhidmat sebagai presiden dari 2003 hingga 2010, menewaskan Bolsonaro dalam pilihan raya pada akhir Oktober lalu selepas memperoleh 50.9% undi, berbanding pencabarnya yang sekadar mendapat 49.1% undi.

Jeneral Tomas Miguel Mine Ribeiro Paiva dinamakan sebagai pengganti Arruda yang telah menyandang jawatan itu sejak 28 Dis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.