Runtuhan salji Tibet: Misi menyelamat tamat, 28 disahkan maut

Runtuhan salji Tibet: Misi menyelamat tamat, 28 disahkan maut

Seramai 1,300 penyelamat dengan 236 jentera dan kenderaan khas terlibat dalam operasi menyelamat.

Pasukan penyelamat mencari mangsa dalam kejadian runtuhan salji di Nyingchi, Wilayah Autonomi Tibet pada Jumaat. (Gambar AP)
MOSCOW:
Operasi mencari dan menyelamat di lokasi runtuhan salji di Wilayah Autonomi Tibet di barat China ditamatkan dan 28 orang disahkan terbunuh, lapor Sputnik, memetik laporan China Central Television (CCTV) pada Jumaat.

Media melaporkan bahawa seramai 1,300 penyelamat dengan 236 jentera dan kenderaan khas terlibat dalam operasi menyelamat di daerah Nyingchi itu.

Biro Keselamatan Awam daerah Medog menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

Runtuhan sajli menghalang pintu masuk ke terowong di lebuh raya yang menghubungkan daerah Medog dan Mainling menyebabkan orang ramai dan kereta terperangkap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.