Peguam Pakistan ditembak mati di mahkamah

Peguam Pakistan ditembak mati di mahkamah

Mangsa yang juga aktivis hak asasi manusia terkemuka maut ditembak berulang kali dipercayai oleh seorang penembak di bangunan Mahkamah Tinggi.

Polis memeriksa tempat kejadian di Mahkamah Tinggi Peshawar hari ini. (Gambar AP)
PESHAWAR:
Seorang peguam and aktivis hak asasi manusia terkemuka yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik tentera dan militan, mati ditembak dalam kejadian di mahkamah di Peshawar hari ini.

Abdul Latif Afridi, bekas presiden majlis peguam Mahkamah Agung Pakistan, maut ditembak berulang kali dipercayai oleh seorang penembak di bangunan Mahkamah Tinggi, kata pegawai polis Kashif Abbasi.

“Kami menahan suspek di tempat kejadian,” katanya dengan menambah suspek berpakaian seperti peguam untuk memasuki premis mahkamah.

Para peguam tidak diperiksa sebelum memasuki mahkamah, walaupun lokasi itu dikawal ketat polis.

Beliau mengenal pasti suspek sebagai Adnan Sami Afridi. Katanya, tiada hubungan antara suspek dan mangsa walaupun nama keluarga mereka sama.

Peguam yang menyaksikan kejadian berkata suspek tidak cuba melarikan diri selepas kejadian itu.

Afridi yang terkenal sebagai aktivis politik dan hak asasi manusia, lantang mengkritik campur tangan tentera dalam politik Pakistan, dan militan Islamis di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.