Gunung Marapi meletus, 164 pendaki dipindahkan

Gunung Marapi meletus, 164 pendaki dipindahkan

Gunung Marapi mula memuntahkan abu pada pagi 7 Jan dan 22 letusan direkodkan setakat petang 8 Jan.

Gunung Marapi dengan ketinggian 2,891m dari aras laut dan aktif sejak 25 Dis lalu, berada di tahap kedua status bahaya. (Gambar Twitter)
JAKARTA:
Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarmas) pada Ahad memindahkan 164 pendaki dari kawasan Gunung Marapi yang meletus di bandar Padang, ibu kota wilayah Sumatera Barat.

Ketua bandar Padang Abdul Malik berkata mereka mendaki Marapi dan gunung berapi itu mula memuntahkan abu pada 7 Jan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata pendaki itu ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh Basarnas dengan koordinasi bersama pasukan berkaitan dan penduduk tempatan.

Terdahulu, Marapi mula memuntahkan abu kira-kira 6.11 pagi 7 Jan. Sehingga petang 8 Jan, sejumlah 22 letusan direkodkan dan bahaya di kawasan gunung berapi ini dinaikkan ke Tahap II – tahap amaran, lapornya.

Pihak berkuasa berkaitan di wilayah Sumatera Barat telah mengeluarkan larangan aktiviti pendakian di kawasan Marapi sehingga keadaan kembali normal.

Pada masa ini, Marapi dengan ketinggian 2,891m dari aras laut dan aktif sejak 25 Dis lalu, berada di tahap kedua status bahaya.

Justeru, pihak berkuasa menggesa pelancong tidak berada dalam radius 3km dari Kawah Verbeek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.