
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersidang hari ini untuk membincangkan ketegangan di Baitulmaqdis selepas seorang menteri kanan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa.
Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu-satunya ahli Arab Majlis Keselamatan PBB, menggesa sidang itu dibuat secara terbuka bagi membolehkan mana-mana negara anggota mengambil bahagian dan membuat kenyataan rasmi, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).