Kes Covid-19 naik di China, banyak negara mula laksana sekatan

Kes Covid-19 naik di China, banyak negara mula laksana sekatan

United Kingdom menjadi negara terbaharu yang mewajibkan ujian Covid-19 ke atas pelancong dari China.

Amerika Syarikat, Jepun, Itali dan Sepanyol turut menguatkuasakan langkah pencegahan Covid-19 membabitkan pelancong dari China. (Gambar AP)
LONDON:
Semakin banyak negara melaksanakan sekatan Covid-19 ke atas pelancong dari China dengan United Kingdom menjadi negara terbaharu pada Jumaat yang mewajibkan ujian Covid-19 sebelum berlepas.

“Mulai 5 Jan, pelancong dari China ke England diminta mengambil ujian pra-pelepasan,” lapor Agensi Anadolu, memetik Jabatan Kesihatan.

Di samping itu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK melancarkan pengawasan dengan mengambil sampel dari penumpang yang tiba dari China mulai 8 Jan.

Perancis juga mewajibkan pelancong dari China mempamerkan ujian negatif Covid-19 dan ujian secara rawak akan dijalankan ke atas penumpang semasa ketibaan, menurut laporan media.

China baru-baru ini mengumumkan akan melonggarkan langkah-langkah pandemik, dan “hidup bersama Covid” selepas tiga tahun sekatan.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah pengumuman baharu oleh Amerika Syarikat, Jepun, Itali dan Sepanyol yang menguatkuasakan langkah pencegahan Covid-19 membabitkan pelancong dari China, termasuk mempamerkan keputusan ujian negatif Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.