Polis bongkar 2 ladang ganja di Sumatera Utara

Polis bongkar 2 ladang ganja di Sumatera Utara

Dua ladang ganja itu yang berkeluasan 8ha dan 3ha terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.

Polis berkata, tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama 2023 yang dianggarkan dapat menghasilkan 55 tan ganja. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Polis Metro Jaya Jakarta dengan bantuan polis Mandailing Natal membongkar 11 hektar ladang ganja di dua lokasi di Sumatera Utara hasil penahanan lima suspek, termasuk pemiliknya pada Sabtu, lapor media tempatan.

Siasatan Narkotik Metro Jaya mendapati dua ladang itu yang masing-masing berkeluasan 8ha dan 3ha terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.

Pengarahnya, Mukti Juharsa berkata, tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama tahun depan yang dianggarkan dapat menghasilkan 55 tan ganja.

Bagaimanapun, katanya, semua ganja itu sudah dibakar dan tiada tangkapan dibuat di ladang semasa operasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.