8 maut di Jepun akibat salji lebat

8 maut di Jepun akibat salji lebat

Beberapa orang turut cedera ketika salji lebat melanda Jepun.

Sebuah kereta dilitupi salji tebal di Nagaoka, utara Jepun. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan beberapa lagi cedera, ketika salji lebat melanda Jepun, kata pegawai.

“Salji lebat terus menyebabkan masalah di sepanjang pantai Laut Jepun,” lapor Agensi Anadolu memetik NHK TV pada Jumaat.

Salji lebat berlaku di sepanjang pantai Laut Jepun di kawasan utara dan barat negara itu.

“Corak tekanan jenis musim sejuk yang biasa di sekitar Jepun menyebabkan tiupan udara sejuk,” menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Cuaca buruk dijangka berterusan hingga Isnin depan.

Banyak kawasan di barat Jepun menyaksikan rekod baharu jumlah salji, termasuk di pulau utama barat Jepun Shikoku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.