
BANGKOK: Puteri sulung Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati dimasukkan ke hospital pada Rabu akibat serangan jantung.
Royal Household Bureau dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan Puteri Bajrakitiyabha kini stabil.
Menurut kenyataan berkenaan, puteri berusia 44 tahun itu rebah ketika sedang melatih anjingnya menjelang acara Working Dog Championship Thailand anjuran Tentera Diraja Thailand di wilayah Nakhon Ratchasima.
Menurut Royal Household Bureau, Puteri Bajrakitiyabha menerima rawatan di Hospital Pak Chong Nana di wilayah Nakhon Ratchasima.
Puteri itu kemudian dibawa ke Hospital Chulalongkorn di Bangkok dengan menggunakan helikopter untuk menjalani rawatan lanjut.