
Kira-kira 10,000 anggota polis akan dikerahkan di seluruh negara, dengan 5,000 daripadanya di daerah Ile-de-France sekitar Paris manakala 2,200 di ibu negara sendiri, kata Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.
“Rakan kita dari Maghribi, sama seperti penyokong Perancis, dialu-alukan menganjurkan keraian dan tugas kami bukan untuk menghalang mereka bersuka ria… tetapi ini perlu dilakukan dalam keadaan keselamatan tinggi,” katanya.
Pertempuran tercetus di Paris pada 10 Disember susulan kemenangan Maghribi menumpaskan Portugal, dengan keraian bertukar ganas yang memaksa polis antirusuhan menggunakan gas pemedih mata.
Perancis pernah menjajah Maghribi satu ketika dulu dan ramai rakyat negara itu kini menghuni di situ khususnya di Paris dan kawasan Mediterranean.
Darmanin berkata Paris Champs Elysees yang sering menjadi lokasi sambutan keraian dan tunjuk perasaan, tidak akan ditutup hari ini. Namun katanya ia mungkin ditutup pada lewat Ahad selepas perlawanan akhir Piala Dunia.
Polis Paris berkata anggota keselamatan akan bertumpu di Champs Elysees untuk menghalang vandalisme dan kekacauan.