Tesla panggil lebih 400,000 kenderaan di China kerana isu lampu belakang

Tesla panggil lebih 400,000 kenderaan di China kerana isu lampu belakang

Ia melibatkan 142,277 kenderaan Model 3 yang dikeluarkan antara 27 Dis 2020 dan 7 Nov 2022 dan hampir 300,000 kenderaan Model Y yang dikeluarkan antara 1 Jan 2021 dan 1 Nov 2022.

Tesla panggil semula lebih 400,000 kenderaan di China susulan masalah lampu belakang. (Gambar AFP)
BEIJING:
Pengeluar kereta elektrik Tesla akan memanggil semula 435,132 kenderaan di China susulan gangguan perisian yang boleh menyebabkan lampu belakang gagal menyala, lapor Agensi Berita Xinhua.

Ia melibatkan 142,277 kenderaan Model 3 yang dikeluarkan antara 27 Dis 2020 dan 7 Nov 2022 dan hampir 300,000 kenderaan Model Y yang dikeluarkan antara 1 Jan 2021 dan 1 Nov 2022, menurut kenyataan Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran China.

Lampu belakang pada satu atau kedua-dua sisi kenderaan mungkin gagal menyala kerana anomali perisian tegar boleh menyebabkan pengesanan kerosakan palsu semasa proses memanaskan kenderaan.

Kegagalan itu boleh meningkatkan risiko pelanggaran dalam keadaan gelap.

Tesla akan menggunakan perisian terkini bagi menangani isu itu, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.