
Kumpulan militan Taliban Pakistan, atau Tehreek-e-Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab dalam letupan itu, dalam mesej teks kepada Reuters.
Ia berlaku selepas kumpulan itu menamatkan gencatan senjata dengan kerajaan minggu ini.
“Letupan bom yang menyasarkan peronda polis mencederakan lebih 30 orang, termasuk 15 pegawai polis,” kata seorang pegawai polis, Abdul Haq, kepada Reuters.
“Daripada jumlah itu, seorang anggota polis, seorang wanita dan seorang kanak-kanak meninggal dunia.”
Ketika kejadian, pasukan peronda polis sedang mengawal pasukan vaksinasi polio, tambahnya.
Militan Islam di Pakistan sering menyasarkan pasukan vaksin polio, kerana percaya bahawa usaha imunisasi adalah alat Barat untuk mengintip mereka.
Quetta ialah ibu kota wilayah Baluchistan di Pakistan bersempadan dengan Afghanistan dan Iran, tempat kedua-dua pemberontak Islamis dan pemisah beroperasi.