5 maut helikopter terhempas di Korea Selatan

5 maut helikopter terhempas di Korea Selatan

Pihak berkuasa bomba menemukan lima mayat selepas memadamkan api.

Sebuah helikopter terhempas di daerah Yangyang, di wilayah Gangwon, Korea Selatan, kira-kira 10.50 pagi, waktu tempatan.
SEOUL:
Lima maut selepas sebuah helikopter terhempas lalu terbakar di daerah Yangyang, wilayah Gangwon, Korea Selatan pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Pihak berkuasa bomba menemukan lima mayat selepas memadamkan api.

Kejadian berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan.

Helikopter yang disewa bersama oleh kerajaan tempatan Sokcho, Goseong dan Yangyang itu terhempas ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran hutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.