
Insiden dilaporkan berlaku di sebuah perhentian bas berhampiran pintu masuk Baitulmaqdis dan letupan kedua terjadi kurang sejam selepas insiden pertama di stesen bas di Ramot, sebuah kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur, menurut polis.
Eli Bin, ketua pengarah perkhidmatan perubatan kecemasan Magen David Adom Israel, memberitahu media bahawa sekurang-kurangnya 15 orang cedera dan sebahagian daripada mereka kritikal.
Seorang mangsa cedera meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami, menurut Hospital Sha’are Zedek dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan lain, polis memaklumkan siasatan mengenai kejadian itu “masih diteruskan” dan mendakwa letupan itu sebahagian daripada “serangan pengganas terancang”.