6 maut, 81 cedera dalam letupan di Istanbul

6 maut, 81 cedera dalam letupan di Istanbul

Naib Presiden Turki, Fuat Oktay berkata seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

Insiden dilaporkan berlaku sekitar 4.20 petang waktu tempatan, manakala polis dan pegawai kecemasan telah mengepung tempat kejadian, kata Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya. (AP pic)
ANKARA:
Enam orang maut manakala 81 lagi cedera dalam letupan di Istiklal Avenue, Istanbul pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Naib Presiden Turki, Fuat Oktay yang melawat lokasi kejadian memberitahu media di Dataran Taksim Istanbul bahawa seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

Menurut Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya, insiden itu berlaku sekitar 4.20 petang (1320 GMT) waktu tempatan, manakala polis dan pegawai kecemasan telah mengepung tempat kejadian.

Terdahulu, sejurus sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak G20 ke-17, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata serangan bom itu “berkemungkinan serangan pengganas.”

Beliau berkata negara tidak akan tunduk kepada keganasan, dan semua pelaku akan dikenal pasti.

Pemimpin dunia termasuk Pakistan, Sweden, Ukraine, Azerbaijan dan lain-lain mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Turki.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.