20 maut bas terhumban dalam terusan di Mesir

20 maut bas terhumban dalam terusan di Mesir

Bas mini yang membawa 35 penumpang itu terbabas ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga di wilayah Delta Nil Dakahlia selepas pemandunya hilang kawalan.

Media mesir melaporkan, kemalangan berpunca akibat kerosakan pada sistem stereng bas tanpa mengulas lanjut.
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam lagi cedera pada Sabtu selepas sebuah bas mini terbabas dan terhumban ke dalam terusan di utara Mesir, menurut pegawai.

Gabenor Dakahlia mengemas kini angka kematian itu di Facebook.

Kementerian Kesihatan sebelum ini berkata 19 terbunuh dan enam cedera apabila bas mini itu jatuh ke dalam terusan.

Agensi Anadolu memetik laporan media bahawa bas mini itu yang membawa 35 penumpang terbabas ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga di wilayah Delta Nil Dakahlia selepas pemandunya hilang kawalan.

Kementerian Kesihatan berkata 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat, lapor Anadolu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Sherif Makeen berkata, tiga kanak-kanak antara mangsa yang maut.

Media mesir melaporkan, kemalangan berpunca akibat kerosakan pada sistem stereng bas tanpa mengulas lanjut.

Mesir mempunyai rekod pengangkutan yang buruk walaupun kerajaannya berusaha untuk menambah baik rangkaian jalan raya di negara itu.

Negara itu merekodkan 56,789 kematian dan 6,164 kecederaan dalam kemalangan jalan raya pada 2020, menurut agensi perangkaan negeri, CAPMAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.