Jambatan runtuh, 90 maut di Gujarat

Jambatan runtuh, 90 maut di Gujarat

Kejadian berlaku ketika ratusan pengunjung bersiar-siar di jambatan gantung era pemerintahan British di Sungai Machchhu yang baru diubah suai itu.

Jambatan sepanjang 232m itu, sebuah lokasi pelancongan popular di Gujarat, India, dibuka semula minggu lepas selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.

Ratusan pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di Sungai Machchhu di bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Jambatan sepanjang 232m itu, sebuah lokasi pelancongan popular, dibuka semula minggu lepas selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, lapor media tempatan.

Mangsa termasuk kanak-kanak yang sedang bersiar-siar bersama keluarga.

“Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh,” kata seorang saksi.

Setakat ini, lebih 90 orang disahkan maut manakala anggota penyelamat sedang mengesan puluhan mangsa lagi yang masih hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.