15 maut dalam kemalangan babitkan treler dan bas di India

15 maut dalam kemalangan babitkan treler dan bas di India

Bas yang dalam perjalanan dari Hyderabad menuju ke Gorakhpur di Uttar Pradesh dipercayai bertembung dengan sebuah treler di daerah Rewa, di Madhya Pradesh.

15 maut, 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan treler di Madya Pradesh, India. (Gambar Twitter)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 40 lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan bas dan treler di India pada Jumaat.

Bas yang dalam perjalanan dari Hyderabad menuju ke Gorakhpur di Uttar Pradesh dipercayai bertembung dengan sebuah treler di daerah Rewa, di Madhya Pradesh.

Mangsa dipercayai penduduk Uttar Pradesh, kata seorang pegawai kanan daerah kepada media tempatan pada Sabtu.

Ketua Menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan berkata mangsa yang cedera sedang dirawat di sebuah hospital di Rewa.

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM11,483) kepada setiap waris mangsa yang terkorban manakala 50,000 rupee untuk mereka yang cedera.

Pentadbiran Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh turut menyumbang bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.