10 lagi orang awam terbunuh di Ukraine

10 lagi orang awam terbunuh di Ukraine

Ukraine mendakwa serangan Rusia menyasarkan wilayah Dnipro, Kharkiv, Zaporizhzhia, Donetsk dan Kherson.

Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu berkata 5,937 tenteranya maut akibat perang tersebut. (Gambar AP)
KYIV:
Sekurang-kurangnya 10 orang awam maut manakala 14 lagi cedera akibat serangan di beberapa wilayah di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan ketua pejabat presiden Kyrylo Tymoshenko menerusi hantaran di Telegram pada Ahad mendakwa, serangan Rusia menyasarkan wilayah Dnipro, Kharkiv, Zaporizhzhia, Donetsk dan Kherson.

Menurut Staf Am Ukraine, Rusia telah kehilangan 65,000 kakitangan, 2,529 kereta kebal dan 5,193 kenderaan perisai sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan ke atas Kyiv pada 24 Feb.

Pada 21 Sept, Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu mengumumkan 5,937 tentera Rusia maut akibat perang.

Sementara itu, Rusia mendakwa bangunan pentadbirannya di wilayah timur Donetsk diserang tentera Ukraine pagi Ahad.

Datuk Bandar Donetsk, Alexey Kulemzin menerusi hantaran di Telegram mendakwa tentera Ukraine melancarkan tiga peluru berpandu HIMARS (Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi) di wilayah itu.

Seramai dua orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.