31 maut dalam tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak di Thailand

31 maut dalam tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak di Thailand

Polis berkata, mangsa korban termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Polis berkata, operasi memburu penembak yang merupakan bekas anggota polis itu giat dijalankan. (Gambar AFP)
BANGKOK:
Sekurang-kurangnya 31 maut, termasuk kanak-kanak dalam tembakan rambang di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand, kata jurucakap polis.

Polis dalam kenyataan yang dipetik Reuters berkata, mangsa korban termasuk kanak-kanak dan orang dewasa, dengan operasi memburu suspek yang merupakan bekas anggota polis giat dijalankan.

Jurucakap kerajaan berkata, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengarahkan semua agensi mengambil tindakan untuk menangkap suspek.

Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding negara Asean lain, tetapi statistik rasmi tidak termasuk sejumlah besar senjata api haram yang kebanyakannya dibawa masuk melalui sempadan dari negara jiran berdepan persengketaan.

Kejadian tembakan rambang jarang berlaku di Thailand, tetapi pada 2020, seorang askar yang berang atas urusan jual beli hartanah mengamuk dan melepaskan tembakan yang meragut 29 nyawa, dengan 57 yang lain cedera di empat lokasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.