Salji runtuh, 10 pendaki maut di India

Salji runtuh, 10 pendaki maut di India

Mangsa anggota kumpulan 28 pelatih dari sekolah mendaki gunung di daerah Uttarkashi.

Lapan lagi pendaki berjaya diselamatkan dan usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan mereka yang terperangkap di puncak gunung Danda-2 Draupadi. (Gambar Pexels)
NEW DELHI:
Sepuluh pendaki gunung terbunuh di negeri Uttarakhand utara India, pada Selasa akibat runtuhan salji semasa ekspedisi.

Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 28 pelatih dari sekolah mendaki gunung di daerah Uttarkashi, lapor media tempatan.

Lapan lagi pendaki berjaya diselamatkan dan usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan mereka yang terperangkap di puncak gunung Danda-2 Draupadi, kata laporan itu.

“Kami sedih atas kehilangan nyawa yang berharga akibat tanah runtuh yang melanda ekspedisi mendaki gunung yang dijalankan oleh Institut Pendakian Gunung Nehru di Uttarkashi,” kata Menteri Pertahanan India Rajnath Singh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.