Pakistan mahu berhutang dengan negara kaya

Pakistan mahu berhutang dengan negara kaya

Perdana menteri pakistan berkata negara kaya wajar memberi hutang supaya negaranya mampu berdikari.

Pakistan mengalami kemusnahan besar akibat banjir dan memerlukan bantuan kewangan untuk membaikpulih kerosakan. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Jumaat berkata, negara kaya wajar memberi hutang kepada negaranya yang teruk dilanda banjir itu.

Perubahan iklim serta infrastruktur lemah merupakan antara punca kemusnahan besar akibat banjir selepas hujan monsun lebat di Pakistan.

“Berdasarkan skala dan tahap kemusnahan akibat banjir itu, negara kaya wajar menimbang memberi bantuan hutang kepada Pakistan supaya negara itu mampu berdikari. Malapetaka iklim di luar kawalan kami,” kata Shehbaz menerusi Twitter.

Beliau berkata, inilah permintaan yang saya buat dalam temu bual dengan sebuah rangkaian Amerika.

Banjir yang belum pernah berlaku sebelum ini menonjolkan pelepasan karbon oleh negara kaya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres bulan ini merayu “sokongan kewangan besar dan segera kepada Pakistan,” dan berkata, dunia perlu “menghentikan kegilaan yang dilakukan terhadap alam semula jadi,”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.