Taufan Nanmadol: 9.5 juta penduduk diarah pindah

Taufan Nanmadol: 9.5 juta penduduk diarah pindah

Pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran ancaman bencana Tahap Empat, yang menyarankan penduduk berpindah ke lokasi selamat sementara pemindahan masih boleh dilakukan. Amaran Tahap Lima iaitu amaran tertinggi berkemungkinan berisiko kepada nyawa manusia.

Taufan Nanmadol yang dijangka membawa angin kencang semakin menghampiri barat daya Jepun. (Gambar AP)
TOKYO:
Jepun mengarahkan hampir 9.5 juta penduduk di barat negara itu berpindah berikutan taufan Nanmadol yang dijangka membawa angin kencang semakin menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik.

Menurut laporan penyiar Jepun NHK pada Isnin, pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran ancaman bencana Tahap Empat, yang menyarankan penduduk berpindah ke lokasi selamat sementara pemindahan masih boleh dilakukan. Amaran Tahap Lima iaitu amaran tertinggi berkemungkinan berisiko kepada nyawa manusia.

Kira-kira sembilan juta orang daripada 4.2 juta isi rumah di beberapa bahagian di wilayah Kyushu, Shikoku dan Chugoku yang terjejas di bawah Tahap Empat telah diarah berpindah.

Amaran Tahap Lima diisytiharkan untuk hampir 530,000 penduduk daripada lebih 250,000 isi rumah di wilayah Kagoshima, Miyazaki, Oita, Kumamoto dan Yamaguchi, menurut laporan itu.

Taufan itu dijangka melanda pantai barat Jepun, bergerak ke arah timur dan melepasi bahagian barat dan timur di kawasan utara Pulau Honshu menjelang pagi Selasa.

Nanmadol diramal membawa angin 98.5 kaki (30.02 meter) per saat, dengan tiupan angin sehingga 45 kaki (13.72 meter).

Menurut media Jepun, setakat pagi Isnin, taufan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan 69 yang lain.

Berikutan taufan itu, Perdana Menteri Fumio Kishida menangguhkan penerbangannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.