20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat

20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat

Kejadian berlaku di daerah Bengkayang, pada Khamis, dengan anggota penyelamat dimaklumkan sehari selepas itu.

Operasi menyelamat mengalami kesukaran susulan hujan lebat, selain lokasi lombong yang berada jauh serta kekurangan komunikasi.
JAKARTA:
Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat, hari ini.

Kejadian berlaku di kampung Kinande daerah Bengkayang pada Khamis, namun anggota penyelamat hanya dimaklumkan mengenai insiden itu pada Jumaat, kata Eryk Subaryanto.

“Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, operasi menyelamat mengalami kesukaran susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, lokasi lombong yang jauh dan kekurangan kemudahan komunikasi.

Misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.