
Telefon milik Boris Epshteyn, penasihat lama Trump, dan Mike Roman, ahli strategi kempen untuk Trump, dirampas minggu lepas sebagai bahan bukti, lapor Times memetik sumber.
Dan Scavino, bekas pengarah media sosial Trump, juga menjadi antara individu yang menerima sepina, menurut akhbar itu, yang melaporkan bahawa individu lain termasuk pembantu peringkat rendah serta penasihat kanan.
Peguam Scavino tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen, manakala Roman dan Epshteyn tidak dapat dihubungi.
Sepina itu dikeluarkan untuk mencari maklumat mengenai usaha gagal Trump dan sekutunya membatalkan keputusan pilihan raya dengan mengemukakan senarai alternatif pengundi palsu.
Inkuiri juga dijalankan berhubung serangan ke atas Capitol AS oleh penyokong Trump pada 6 Jan 2021.
Beberapa sepina turut dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat mengenai kumpulan pengumpul dana politik Save America Trump, yang menurut Times menjadi inkuiri baharu oleh Jabatan Kehakiman.