
Bagaimanapun, mereka masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Kelonggaran peraturan terbaru ini dibuat ketika bilangan jangkitan harian Covid-19 berkurangan kepada sekitar 100,000 kes dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berbanding lebih 180,000 pada pertengahan Ogos.
“Jumlah jangkitan mingguan menurun buat kali pertama dalam tempoh sembilan minggu dan virus itu menunjukkan tanda-tanda (penyebaran) semakin perlahan,” kata Lee Ki-il, naib menteri kesihatan kedua negara itu, kepada pemberita.
Pengumuman hari ini, yang mengikuti langkah Jepun dan negara lain memansuhkan keperluan ujian sebelum berlepas, dibuat ketika Korea Selatan bersedia untuk menyambut perayaan Chuseok minggu depan.
Jumlah jangkitan dijangka meningkat susulan musim cuti tetapi angkanya mungkin masih terkawal, kata Peck Kyong-ran, ketua agensi kawalan dan pencegahan penyakit Korea Selatan
Negara itu masih mengekalkan syarat memakai pelitup muka dan kuarantin kendiri selama tujuh hari bagi mereka yang disahkan positif Covid-19.